Hari Keluarga Kelab PETANDA Batu Gajah














Pada 17 Oktober 2015 (Sabtu), telah berlangsung aktiviti Hari Keluarga Kelab PETANDA Batu Gajah di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kinta.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh YBhg Tuan Haji Tarmidzi Bin Abd. Manap, Pegawai Daerah Kinta merangkap Pengerusi Kelab PETANDA Batu Gajah. Program Hari Keluarga pada kali ini turut diserikan dengan penglibatan YBhg Pegawai Daerah dalam beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan.

Antara acara sukaneka yang dipertandingkan pada hari berkenaan ialah:

- Bawa bola ping pong (kanak-kanak)
- Isi air dalam botol (kanak-kanak)
- Sado netball (terbuka lelaki)
- Bowling kelapa (terbuka perempuan)
- Chit chat girls (terbuka perempuan)
- Tarik tali (terbuka lelaki)

Hadiah-hadiah bagi acara sukaneka telah disampaikan sejurus selepas tamat kesemua acara sukaneka. Selain itu, penyampaian hadiah bagi acara-acara yang dipertandingkan sewaktu Sukan Dalaman PETANDA 2015 yang lalu turut dijalankan. Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya.

Cabutan bertuah turut diadakan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti pelbagai jenis hamper serta hadiah-hadiah utama yang lain seperti seterika, kipas angin, ketuhar gelombang mikro dan lain-lain lagi.

Program Hari Keluarga ini turut dimeriahkan dengan acara karaoke oleh kakitangan-kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Batu Gajah.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.