MAJLIS GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK




Sempena Bulan Ramadhan, Kelab Petanda Batu Gajah telah mengadakan program memasak bubur lambuk secara bergotong royong beramai-ramai di kantin Pejabat Daerah Batu Gajah pada 3 Julai 2015.

Program ini adalah program tahunan bagi Kelab Petanda Batu Gajah yang mana ia dapat mengeratkan jalinan ukhwah antara kakitangan dan ahli Kelab Petanda Batu Gajah.
Bubur lambuk ini telah diagih-agihkan kepada kakitangan PDT Batu Gajah, kakitangan jabatan lain yang berada didalam kawasan Komplek Pentadbiran daerah Kinta, Rumah Orang-orang tua Ara Payung dan juga orang awam yang berurusan dikawasan Pejabat Daerah Batu Gajah.

Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan setiap tahun dengan lebih meriah lagi.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.