• Utama
  • Berita
  • Surat anugerah Darjah Kebesaran Perak palsu - SUK

Surat anugerah Darjah Kebesaran Perak palsu - SUK

IPOH: Surat 'pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak' yang tular di media sosial adalah palsu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya.

Sehubungan itu, pihaknya membuat laporan polis semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Pentadbiran ini turut menyeru mana-mana individu yang menerima surat berkenaan tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Surat bertarikh 25 Ogos itu menyatakan penerima dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) Yang Amat Mulia Peringkat Pertama yang membawa gelaran Datuk.

Surat turut menyatakan majlis penganugerahan akan diadakan pada 25 September ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. - BERNAMA

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.