• Utama
  • Profil Jabatan
  • Perutusan Pegawai Daerah

Perutusan Pegawai Daerah

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA BATU GAJAH.




Sebagai sebuah jabatan di barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di Daerah Kinta, maka tentulah banyak maklumat perlu dikongsi bersama antara pihak jabatan dengan pelanggan.
Perkembagan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui laman web ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Batu Gajah.

Laman Web ini telah dikemaskini dari segi penampilan, kandungan dan paparan maklumat serta kemudahan urusan yang disediakan. Maklumat yang dipaparkan seperti garis panduan permohonan, borang-borang yang digunakan dan kadar bayaran atau fi yang dikenakan dapat membantu pelanggan menyediakan persiapan sebelum berurusan di jabatan ini. Sementara itu, kemudahan urusan yang disediakan seperti semakan cukai tanah serta ruangan bagi mengemukakan pertanyaan, aduan serta maklumbalas diharap dapat akan memudahkan interaksi dan meningkatkan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan. 

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, Jabatan ini dapat menyumbang ke arah K-society. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman web ini dari masa ke semasa.

Selamat Melayari Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Batu Gajah. Sekian.


Puan Halizah Binti Sipun,  A.M.P., P.P.T

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.